Isnin, 1 Ogos 2011

RAMADHAN AL-MUBARAK(رمضان المبارك)

Daripada Abu Hurairah r.a Rasullullah s.a.w telah bersabda"umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka. 1.Bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih harum disisi Allah daripada bau kasturi. 2. Ikan-ikan di laut akan beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka. 3. Setiap hari Allah aka akan menghiaskan syurgaNya dan berkata " telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan daribeban-beban dan mereka akan datang kepadamu".4 Dirantaikan syaitan -syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan  ini, sepertimana mereka sentiasa berbuat dalam bulan- bulan yang lain. 5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan. Ditanyakan kepada Rasullullah " adakah ia Lailatul Qadr?" Baginda menjawab"Tidak! Namun seorang pekerja akan diberikan ganjaran apabila dia telah menyelesaikan pekerjaannya.