Isnin, 1 Ogos 2011

RAMADHAN AL-MUBARAK(رمضان المبارك)

Daripada Abu Hurairah r.a Rasullullah s.a.w telah bersabda"umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka. 1.Bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih harum disisi Allah daripada bau kasturi. 2. Ikan-ikan di laut akan beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka. 3. Setiap hari Allah aka akan menghiaskan syurgaNya dan berkata " telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan daribeban-beban dan mereka akan datang kepadamu".4 Dirantaikan syaitan -syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan  ini, sepertimana mereka sentiasa berbuat dalam bulan- bulan yang lain. 5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan. Ditanyakan kepada Rasullullah " adakah ia Lailatul Qadr?" Baginda menjawab"Tidak! Namun seorang pekerja akan diberikan ganjaran apabila dia telah menyelesaikan pekerjaannya.

Sabtu, 30 Julai 2011

GANJARAN MENGIKUTI SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W

Mereka yang mengikuti sunnah nabi Muhammad s.a.w akan mendapat EMPAT  ganjaran di dunia dan EMPAT ganjaran di akhirat.

EMPAT GANJARAN DI DUNIA:

1.Dia akan disayangi orang.
2.Dia akan ditakuti musuh.
3.Hidupnya akan diberkati.
4.Agamanya tidak akan dicemari dalam kehidupannya.


EMPAT GANJARAN DI AKHIRAT

1.Rasullullah akan dapat mengenalinya.
2.Rasullullah akan memohan syafaat untuknya.
3.Didalam kubur dia dapat mengenali Rasullullah s.a.w
4.Akan bertetangga dengan Rasullullah s.aw

Ahad, 24 Julai 2011

renungan

Sebagai seorang muslim hendaklah kita  menunaikan hak hak setiap saudara kita tanpa menuntut hak kita supaya mereka menunaikannya.
Kita harus tahu bagaimana hak dan kewajipan orang tua terhadap anak-anaknya dan sebaliknya. Begitu juga  suami harus menunaikan tanggungjawab  terhadap isteri dan hak isteri terhadap suami.
sebagai seorang muslim harus menunaikan hak-hak keluarga,tetangga,org tua dan anak2 yatim.Jika kita tidak menunaikan hak mereka,maka mereka dapat menuntut  kepada kita di alam akhirat nanti.

KEUTAMAAN SOLAT
Dari Abu Qatadah bin Rib'i r.a., Rasullullah s.a.w bersabda bahawa Allah S.W.T berfirman ," sesunnguhnya Aku telah mewajibkan solat lima waktu kepada ummatmu. Dan Aku berjanji kepada diri Ku, bahawa barangsiapa yang dapat menjaga solat tepat pada waktunya, maka akuan aku masukkan ke dalam syurga dengan jaminan Ku dan barangsiapa yang tidak menjaga solatnya,maka Aku tidak memberi jaminan kepadanya.


GANJARAN MENGIKUTI SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W

Orang yang mengikuti sunnah Rasullullah s.a.w, di akhirat nanti Allah akan memandang mereka dengan dengan pandangan Rahmat. Satu sunnah lebih baik daripada tujuh dunia dan tujuh syurga. Jika kita dapat menghidupkan satu sunnah Rasullullah, di akhirat nanti Rasullullah akan memberi syafaat kepada kita dan memberi kita minum dari telaga kautsar dengan tangan baginda sendiri.

Jumaat, 22 Julai 2011

Doaku

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk Mu