Ahad, 24 Julai 2011

renungan

Sebagai seorang muslim hendaklah kita  menunaikan hak hak setiap saudara kita tanpa menuntut hak kita supaya mereka menunaikannya.
Kita harus tahu bagaimana hak dan kewajipan orang tua terhadap anak-anaknya dan sebaliknya. Begitu juga  suami harus menunaikan tanggungjawab  terhadap isteri dan hak isteri terhadap suami.
sebagai seorang muslim harus menunaikan hak-hak keluarga,tetangga,org tua dan anak2 yatim.Jika kita tidak menunaikan hak mereka,maka mereka dapat menuntut  kepada kita di alam akhirat nanti.

KEUTAMAAN SOLAT
Dari Abu Qatadah bin Rib'i r.a., Rasullullah s.a.w bersabda bahawa Allah S.W.T berfirman ," sesunnguhnya Aku telah mewajibkan solat lima waktu kepada ummatmu. Dan Aku berjanji kepada diri Ku, bahawa barangsiapa yang dapat menjaga solat tepat pada waktunya, maka akuan aku masukkan ke dalam syurga dengan jaminan Ku dan barangsiapa yang tidak menjaga solatnya,maka Aku tidak memberi jaminan kepadanya.


GANJARAN MENGIKUTI SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W

Orang yang mengikuti sunnah Rasullullah s.a.w, di akhirat nanti Allah akan memandang mereka dengan dengan pandangan Rahmat. Satu sunnah lebih baik daripada tujuh dunia dan tujuh syurga. Jika kita dapat menghidupkan satu sunnah Rasullullah, di akhirat nanti Rasullullah akan memberi syafaat kepada kita dan memberi kita minum dari telaga kautsar dengan tangan baginda sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan